Finally..

August 17, 2011

Akhirnya, tibanya bulan puasa dan seterusnya RAYA!!! Raya weh. haha.. sebenarnya tak ada apa nak diceritakan pun. cuma nak berkongsi rasa seronok nak raya je. Time-time nilasemua orang pon bz kan. yang mana budak-budak sibuk nak shopping raya, dan yang mana mak-mak sibukla nak kemas rumah, buat kuih raya, langsir baru, sofa baru, carpet baru, kalau bole semua pon nak baru lah. haha, jangan sampai membazir dah la ye. Tapi sebelum nak raya kene la puasa dulu ye dak? bagi perempuan tu adatlah kalau ade cuti-cuti malaysia. Bagi yang lelaki susah la kalau ada cuti jugak. haha. tapi sekarang trend tak puasa ni macam dah biasa da. haha. mungkin diorang b0leh mati kalau sehari tak makan. manala aku tau ape alasan dorang ye dak. haha. pandai-pandai la lu orang pikir ye.


nak cerita pasal terawih pulak. Aku pon tak tau kenapa aku cukup liat kalau nak g terawih ni. hermm, kadang-kadang kalau aku pergi pon semayang 4 rakaat je. dah la pergi tu kadang-kadang. aku pon tak tau la ape nak jadi dengan aku. haha. tapi at least aku pergi dengan hati yang ikhlas. kira aku pergi dengan rela lah.

aku pun takde bende dah nak cerita ni, btw selamat berpuasa dan seterusnya hari raya. :-)
mintak maaf dan ampun dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Maaf Zahir batin..

Noktah...

July 08, 2011

Kenapa kita susah nak lupakan pengalaman? Pengalaman merupakan satu peristiwa yang berlaku dalam hidup individu yang sukar atau susah nak dilupakan. Kenapa susah nak lupa? Mungkin pengalaman ada perkara manis, pahit atau pun perkara yang mungkin kita tak akan lupa sampai mati. Mungkin ajal je yang dapat pisahkan kita dengan pengalaman. Bagi aku pengalaman sangat penting sebab banyak benda yang aku belajar dari pengalaman. Bagi aku pengalaman memang boleh membuatkan seseorang tu jadi matang. Pengalaman juga boleh buat orang tu sedar akan kesilapan yang kita pernah buat. Bagi aku setiap pengalaman ade nilai tersendiri. Jadi cuba jangan lupakan segala pengalaman yang ada walaupun susah kita nak telan. Sebab dari pengalaman la kita boleh bangun atau dapatkan semangat untuk teruskan hidup. Aku pon tak tau la kenapa sejak kebelakangan ni aku banyak teringat semua dan segala pengalaman aku. Ahh!

Yakuza..

July 01, 2011


Fenomena yakuza ni mungkin biasa kalau dekat negara-negara luar. Tapi dekat malaysia ni mungkin tak didedahkan lagi dengan fenomena macam ni. Kenapa dengan yakuza? ahah. Aku pon tak tau sebenarnya ape yang menarik sangat tentang geng ni, mungkin cuma dia lebih atau memang dikatakan sebagai gangster. Mungkin ade jugak gangster baik? kot? haha.


Cerita pasal yakuza ataupun gangster ni, tadi mase aku gerak g semayang jumaat, ade je sekumpulan budak sekolah ni, hahahhh, dah macam geng yakuza dah aku tgk style dorang. Masing-masing dengan muka ketat and berjalan ber-group g masjid. Tengok orang kiri kanan pon macam semua orang pun ade hutang dengan diorang. haha. Kadang-kadang aku nak gelak jugak la tengok sebab bile aku tengok je budak-budak tu, aku teringat zaman sekolah aku dulu. Yelah, mase sekolah dulu, siapa gangster mesti popular. Ye dak? Tapi bile pemikiran tu macam dah dewasa sikit, barulah tau yang kalau gangster bukan la menjadi daya penarik pon. Lagi orang tak suka adela. wakaka.. ahha.. Tapi mungkin pemikiran budak-budak sekarang masa ni belum lagi matang. Mungkin masing-masing sibuk nak cari kawasan sendiri. Nak jadi abang kawasan la katekan. ahaa. Mungkinla. Mane taknye, kalau balik rumah mungkin parent sibuk dengan kerja. So, sebab anak-anak takde kerja, tu yang diorang sibuk g cari kawasan untuk ditakluk tu. Tapi bukan salah mak bapak kot kat sini. Mungkin cara anak-anak diorang pilih kawan punya problem. Orang kate, kalau pandai pilih kawan insyaAllah berjaya atau pun berguna lah kita. Tak taula,orang katela bukan aku kata.

Ape yang tarik perhatian aku pasal budak-budak ni tadi bila salah sorang dari budak-budak ni cakap kat member die yang baru sampai (baru sampai masjid) :

Situasi budak A yang baru sampai masjid(salam membe-membe dulu)
Budak B : weh, kau tak salam aku pon kan? ni kawasan aku kot.
Budak A : Muka tersipu-sipu tak kenal budak B ni siapa. (budak b juga budak sekolah)
*maka terpaksalah budak A salam jugak
Budak B : Salam lama-lama sikit.

Dah salam nak lame-lame pulak. Banyak cengkadak kau. Kalau aku memang aku azan kan je kat telinga die. Ape kawasan masjid pon kau nak jadikan kawasan kau? ade projek ape kat masjid yang kau nak jage? Pencarian imam muda ke? Haihh, aku pon tak paham, budak-budak ni. Silap-silap mase die cakap masjid tu kawasan terdengar pulak dek orang tua-tua kat situ, hah, memang dah kene dah aku rase. Tak budak tu kene jadi imam tak pon budak tu kene solat jenazah kat depan. haha, OK tipu!

Haha, ape pon, adik-adik kalau nak cari kawasan pun biarla bertempat, jangan la sampai rumah Allah pon nak dijadikan kawasan. Aku pon dulu sekolah jugak, penah muda jugak, penah macam korang jugak, tapi kadang-kadang bila dalam situasi macam ni, cubalah respect sikit. Bukan ape, kita dah la dekat rumah Allah, khutbah pulak haram nak dengar, at least jaga percakapan.

p/s: Sorry la dekat budak yang aku tegur tadi, terus lari masuk ke dalam masjid. Jangan die sambung forum kat belah dalam pulak dah la.

Letih tak terhingga...

June 28, 2011



2-3 hari lepas final exam intersesi memangla aku terasa sangat penat
. Aku pun tak tau apela yang boleh membuatkan aku penat sampai rase nak mandi, makan, even aku nak pick up call pon boleh jadi malas. Ni semua gara-gara sibuk berpindah. Hermm, dah takdir dapat duduk rumah sewa yang aku duduk sekarang ni 1 tahun je.

Lepas je habis final exam haritu, semua orang pon kelam kabut kemas barang masing-masing. Tak keruan jadinya. Biasalah, aku kalau bab pindah and kemas mengemas ni memang lemah la sikit. Kadang-kadang banyak pon ade. Tapi nak buat macam mana, nak tak nak pon tetap kene pindah pulak. Tapi ada lagi masalah yang perlu kitorang tanggung sebelum nak pindah. Haaa, mana nak campak barang-barang yang sekarang ade dalam rumah ni? sape nak jawab tu?
Haish, tak setel satu problem datang lagi satu problem. Herm, takpe hadap dengan selamber and muka senyum lebar ke pipi. phuih.

Bile dah lepas setel pasal masalah mana nak letak barang, datang lagi satu masalah, mane pulak nak duduk next semester? Aduhai la nasibku. Tak sempat otak ni nak hibernate dah kene buat keje lagi. Dah dekat 2 hari aku cuba cari rumah sewa, tapi haram. Susah nak cari rumah sewa kat shah alam ni. Paling-paling yang ada pon, die mesti nak sewakan untuk perempuan. Apa lah kelebihan ada pada budak perempuan dalam bab menyewa rumah ni, haish, tak paham aku. Bile ditanye kenapa, ade je yang cakap perempuan pandai jaga rumah. HAHAHAHA.. Gelak kejap aku, bukan apa, tapi bagi aku zaman sekarang xde beza pon. 50-50. Ape pon, esk kene lagi house hanting buat kali ketiga. Harap-harap jumpa lah. Aminnn...


p/s: Harap-harap esk adela "papan tanda" ni...

Pengalaman...

June 27, 2011

Pengalaman? Bagi aku maksud pengalaman tu adalah moment ataupun sesuata perkara yang tak dapat kita lupakan. Ok, pengalaman yang aku tak dapat nak lupakan kat entry kalini ialah pengalaman aku pergi camp. Ok, mungkin kalau pergi camp memang normal kan. Tapi kalini camp yang aku pergi adalah untuk masyarakat. Kira untuk bantu masyarakat kat sana lah (pahang). Kitorang difahamkan akan tinggal di camp side yang ada kemudahan yang biasa-biasa je. Tapi tu bukanlah tujuan utama kitorang gerak sane. Misi utama ke sana adalah untuk membantu masyarakat orang asli yang ada dekat sana. Aku and dengan yang lain ditugaskan untuk mengenalkan mereka tentang teknologi. Kadang-kadang aku terfikir sendiri ape aku boleh buat tanpa komputer dengan aku. Tapi bila aku ade dekat sana, aku terfikir sendiri yang ade lagi orang yang lebih tak tahu dari aku. Maksudnya, tak ada apalah aku sangat tanpa komputer tu. Bagaimana pulak dengan masyarakat sana yang takda komputer, tak ada pelajaran dan tak ada harta. TAPI diorang hidup bahagia je. Maksud aku bukan bahagia yang makwe pakwe tu. Maksudnya raut wajah diorang tak pernah pon nak sedih atau masam. OK cukup!


Kitorang dikatakan perlu berada disana selama 4 hari 3 malam. Setibanya aku dekat sana, memang perasaan tu macam rasa tak best, yelah dengan tak ada line hp dan kemudahan semua ala kadar je. TAPI tu semua pada mula je. Lepas dah letak barang-barang dekat rumah panjang (tempat bermalam) aktiviti pon bermula. Kitorang perlu bergegas ke balai raya bagi menyampaikan ceramah serba sedikit tentang teknologi. Start masa tu la aku dah mula berfikir panjang. Masa dekat situ lah aku tengok yang orang kampung dekat situ tak berapa mahir tentang teknologi, bukan tak pandai, cuma tak mahir! Sepanjang ceramah tu, aku tegok semua orang kampung macam syok je dengar ceramah pasal teknologi. Baguslah!

Ok, pada hari kedua kitorang kene pulak pergi ke sekolah warga kampung kat situ, aku dah lupa plak nama sekolah tu. Kitorang dikehendaki mengajarkan budak-budak sekolah tu pasal microsoft excel. Terus terang aku pon tak Pro pakai microsoft ni. Kira aku pon datang belajar sekali la. ahha. Ok, at first semua student yang ada dekat situ semua nya malu-malu. Adatla, tak kenal maka tak cinta kan. Lepas beberapa aktiviti suai kenal dijalankan, barula student-student tu mesra dengan kitorang. Memang seronok mengajar diorang masa tu, sebab semua pon semua focus nak belajar. Bukan macam kita kalau kat Universiti, lecturer ajar kat depan kita sebok main kejar-kejar kat belakang. Lebih kurang macam tu la. Suasana masa tu memang best. Ape yang aku tak boleh lupakan, aku ade tanye sorang budak ni...

Aku: Dik macam mana adik datang sekolah?
Budak: Datang naik bas bang. (jawab sepatah).
Aku: jauh ke rumah dengan sekolah?
Budak: Tak jauh sangat bang.
Aku: owh, ok2.

Sebenarnya rumah budak tu jauh gila dari sekolah dia. Cuma dia kata tak jauh sebab hari-hari pon dia pergi naik bas dan dah biasa dengan suasana macam tu. Aku terfikir yang budak-budak macam tu pon dah mampu berdikari. Kalau aku la aku rase mungkin terkial-kial jugak aku. Silap-silap aku tak sampai sekolah. Melencong. OK cukup!

Pada hari ketiga, kitorang ade aktiviti beriadah petang-petang dengan penduduk kampung. Haa, mencanak kau nak bersukan. Mane tak nye, selalu kalau main bola pon aku main futsal, jarang main bola padang. Lepas tu bersepah mana nak cari stamina nak kejar bola bagai. haha. Masa rehat tu ade budak datang kat aku, bang nak mintak nombor telefon boleh? Yang mintak tu bukan budak perempuan pon. Aku tanye, "nak buat apa dik?". Budak tu cakap die nak kol kalau ade apa-apa nak tanya pasal komputer. Aku tersenyum je sebab aku tengok effort budak tu kalau nak tau something. Aku memang respect dekat budak-budak sana sebab even umur diorang barulah berapa tahun atau baru sekolah rendah, tapi perangai diorang semua dah matang. Maksudnya, umur macam tu dah boleh kurangkan beban mak bapak diorang.

Malam sebelum hari terakhir kitorang ade dekat kampung tu, kitorang ade satu aktiviti malam, "Night Walking" namanya. Mula-mula dengar nama macam aktiviti bersiar-siar pada waktu malam. Tapu lu silap babe! haha. Bersiar-siar tu dah betul dah, cuma tambah sikit kat belakang tu "Bersiar sorang-sorang". Haha. Mase tu aku dah tergelak kejap. Aku pernah buat aktiviti macam ni dulu. Cuma lain tempat lain perasaan nye kan. Mase tu aku tegok rmaai jugak budak perempuan yang mulanya takut nak buat. Tapi last-last diorang yang laju dari lelaki. Cool weh!
Mase aktiviti tu baru start, kitorang dilepaskan mengikut satu kumpulan masing-masing. Masa tu ok lagila sebab ramai-ramai kan. Sampai dekat satu checkpoint ni, kitorang dah kene lepas sorang-sorang. Jarak perjalanan tu takdela jauh pon. Cuma 100 meter je. Tapi nak jalan tu rasa macam 100 KM pon ade. Sebab tak nampak punya pasal. Masa tu semua orang pon aku rase tak ada perasaan takut, cuma rase nak tido je sebab dah penat sangat dengan aktiviti petang. Aku pon tak terkecuali. Rase mengantuk tu buat aku rase nak jalan laju, dan sebab jalan laju jugak la aku terlepas satu checkpoint dan ntah mana-mana ntah aku pergi dalam gelap tu. Aku ah serabot dah time tu. Rase nak suluh je pakai torchlight cari jalan. haha. Tapi sebab semagat tu ade lagi, aku tak buat. Selang berapa minit lepas tu aku dengar ade bunyi tapak kaki orang jalan berdekatan dengan aku. Aku dengan selamber nye aku ikut je bunyi tu. Nasib baik manusia, kalau bende lain. Haha, paham-paham sendiri la mane aku pergi. Lepas je aktiviti tu, kitorang kene gerak balik camp ramai-ramai. OTW balik tu semua cerita pengalaman masing-masing. Ade yang terjatuh dalam lubang, lumpur and macam-macam lagi lah. Sampai je kat camp, semua laju je cabot balik rumah masing-masing. Ngantuk sangat punya pasal.

Sampaila hari terakhir kitorang ade dekat situ, rase berat je mase nak balik. Tapi harini kitorang ade lagi aktiviti sebelum balik ke kampus. Kitorang ade aktiviti berkayak. Terperanjat aku mase tu sebab masa diperuntukkan adalah 6jam dan keatas. Terus aku pikir, tak kecut pulak duk dalam air lame-lame. haish. OK, lepas taklimat sume pagi tu kitorang kene jalan kaki gerak ke tempat kayak tu. Lepas aktiviti "water confident" , kitorang dah mula berkayak. Mula-mula nampak senang, tapi sebab senang tu jugakla muka aku terkoyak sikit sebab tersangkut dekat ranting-ranting pokok. Ape pon memang seronok sangat sepanjang kitorang berada dekat situ.

Life is filled with so many exciting twists and turns. Hop off the straight and narrow whenever you can and take the winding paths. Experience the exhilaration of the view from the edge. Because the moments spent there, that take your breath away, are what make you feel truly alive.

...

June 23, 2011

Walau bagaimana teruk sekali hujungnya, aku tak pernah lupa satu pun.

Serabut..

June 21, 2011

Serabut serabut serabut. Tu je aku boleh cakap. Mane tak nye, semua yang aku balaja hari ni tak masuk otak. Haihh. Aku baru je dapat tau yang ape yang lec ajar selama ni macam lain sikit dengan silibus baru. Hah, amek kau! Bukan salah lecturer pon sebenarnya. Aku gak yang jenis lat minute baru nak menggelupur study. Rasakan!

Haih tinggal lagi sehari je sebelum nak masuk exam. Ape nak buat ni. haihhh.

Serabut serabut serabut....